Tuesday, August 12, 2008

PENDIDIKAN ANAK-ANAK DALAM ISLAM


Assalamualaikum

Firman ALLAH :
'' Dan Allah menjadikan bagimu pasangan ( suami atau isteri ) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan anak dan cucu bagimu dari pasanganmu , serta memberi razeki dari yang baik ''

( surah an-nahl ayat 72 )

Allah s.w.t menciptakan setiap makhluk berpasang-pasangan sebagai satu nikmat kepada makhluknya terutama sekali makhluk yang bernama manusia . Sejarah nabi Allah Adam a.s ketika mana baginda berada di dalam syurga dalam keadaan berseorangan, walaupun syurga adalah satu tempat yang yang dipenuhi dengan pelbagai nikmat tetapi nabi Adam a.s tetap juga berasa sunyi . sehinggalah. Allah menciptakan saidatina Hawa untuk menjadi penghibur kepada nabi Adam .Ini menunjukkan bahawa manusia tidak boleh lari dari naluri yang allah taala telah ciptakan . Nabi Muhammad S.A.W juga berkahwin sabda yang bermaksud :

'' sesiapa yang tidak suka pada sunnahku dia bukan dari golonganku "

( riwayat bukhari dan muslim )


Dewasa ini, kita melihat institusi kekeluargaan telah rosak dengan perkara maksiat seperti kes sumbang mahram, zina, liwat dan sebagainya. Ini kerana kurangnya pemahaman yang mendalam tentang ilmu agama . Agama Islam adalah satu-satunya dustur yang boleh membentuk satu keluarga hormoni dan sentiasa mendapat rahmat Allah Taala . Jesteru, satu kitab yang berjudul tarbiatul aulad karangan Dr Abdullah nasih ulwan telah menyusun bagaimana untuk kita membentuk institusi kekeluargaan agar keluarga yang dibina adalah sebuah keluarga yang berasaskan usrah rabbaniah yang boleh melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa .

Ini adalah Terjemahan daripada kitab Tarbiatul Aulad Fil Islam dalam versi yang berbahasa Inggeris yang berjudul

'' Child Education in Islam ''

Diterjemah oleh Hurun 'Ain bt Ahmad Tajuddin


BAHAGIAN PERTAMA

BAB SATU


RUMAHTANGGA UNGGUL DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKAN

Adalah lebih baik untuk kita mengetahui tiga faktor perkahwinan sebelum diperjelaskan kepada kita apa yang digariskan oleh Islam dalam mendidik anak-anak iaitu :

· Perkahwinan merupakan naluri semulajadi manusia

· Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam sistem sosial masyarakat

· Perkahwinan merupakan satu pemilihan

PERKAHWINAN MERUPAKAN NALURI SEMULAJADI MANUSIA


Islam melarang cara hidup rahib yang bertentangan dengan naluri semulajadi manusia dan menyangkal kecenderungan, kehendak serta dorongan mereka ke arah itu. Islam juga menentang individu muslim yang menyekat dan menolak dirinya daripada berkahwin dan memilih cara hidup seperti rahib yang hanya menumpukan dirinya untuk beribadat semata-mata.

SABDA RASULULLAH :

'' Telah datang tiga orang lelaki ke rumah Rasulullah S.A.W dan menanyakan mengenai ibadat baginda, ketika mana dikhabarkan seolah-olah mereka merendahkan ibadat baginda S.A.W mereka bertanya : Dimanakah martabat kami ,baginda telah diampunkan dosa sebelum dan selepasnya. Dan berkata salah seorang dari mereka : Adapun aku sembahyang malam berterusan , dan berkata yang lain nya : Aku berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka,dan berkata seorang lagi :Aku menjauhi perempuan-perempuan dan aku tidak akan mengahwini mereka sama sekali . Maka telah datang Rasulullah S.A.W lalu bersabda : Adakah kamu yang berkata demikian tadi ?Demi Allah adapun aku lebih takut kepada Allah daripada kamu, dan aku lebih bertakwa kepada Allah daripada kamu, sedangkan aku berpuasa dan berbuka , aku solat dan aku tidur , aku mengahwini wanita , dan barangsiapa yang tidak suka akan sunnahku maka ia bukan dari golonganku ''

(riwayat bukhari dan muslim)

PERKAHWINAN MERUPAKAN PERKARA YANG PENTING DALAM SISTEM SOSIAL MASYARAKAT

1. Memelihara bangsa manusia

Melalui perkahwinan, manusia akan terus berkembang dan membiak sehingga berlakunya hari pembalasan.

Allah berfirman dalam surah annahl ayat 72 yang bermaksud:

'' Allah menjadikan kamu isteri – isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri – isteri kamu itu, anak – anak dan cucu – cucu……."


Dan juga dalam surah nisa' ayat pertama :


'' Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada kedua-duanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak…….''

2. Memelihara keturunan

Keturunan dapat dipastikan hanya dengan berkahwin. Tanpa perkahwinan, dunia ini akan diperintah oleh generasi yang tidak tahu asal usul . Satu situasi yang akan menghapuskan martabat, kemuliaan dan penyebaran kecurangan yang sangat buruk.


3. Menyelamatkan masyarakat daripada gejala sosial

Perkahwinan dapat menyelamatkan masyarakat daripada berpecah dan gejala yang tidak bermoral. Jika kecenderungan terhadap jantina yang lain disalurkan dengan cara yang betul, masyarakat akan mempersembahkan akhlak dan cara hidup yang terbaik, dapat melaksanakan sunnah dan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi ini seperti yang dikehendaki. Sesungguhnya, benarlah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w untuk menunjukkan rasional perkahwinan dalam membentuk akhlak mulia dan faedahnya kepada masyarakat apabila baginda mendesak pemuda untuk berkahwin melalui sabdanya yang bermaksud : -

''Wahai pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah ia berkahwin. Dengan berkahwin ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan.Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin, maka berpuasalah kerana ia dapat menahan syahwat"


4. Menyelamatkan masyarakat daripada gejala penyakit

Penyakit kelamin yang berbahaya seperti siflis, HIV dan penyakit maut yang lain dapat diselamatkan daripada tersebar luas di kalangan masyarakat. Penyakit kelamin yang mendatangkan maut ini terhasil daripada berzina, pelacuran dan seks bebas.

5. Mendatangkan ketenangan

Perkahwinan dapat membina persahabatan, cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud;

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan RahmatNya, bahawa ia menciptakan kamu (wahai kaum lelaki), isteri – isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri)perasaan kasih sayang dan belas kasihan.Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi keterangan – keterangan bagi orang yang berfikir.

( An-nahl ; 21 )

Ketenangan dan kebahagiaan dalam rumahtangga sangat membantu dalam membentuk dan membesarkan anak-anak.


6.Membina kerjasama antara suami isteri untuk membesarkan anak - anak


Kerjasama antara suami isteri untuk membina sebuah keluarga dan bersama menunaikan tanggungjawab menjadikan mereka saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Isteri akan melaksanakan peranannya yang bersesuaian dengan sifat kewanitaannya seperti menguruskan rumahtangga dan menjaga anak-anak. Manakala suami sebagai ketua keluarga akan melaksanakan peranannya seperti bekerja membanting tulang untuk menjaga keluarga keseluruhannya.

Ini dapat melahirkan generasi yang cemerlang dan memperoleh anak yang soleh. Akhirnya rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih dan sayang.

7. Menyemarakkan kasih sayang

Bersemaraklah perasaan kasih dan sayang ibu bapa terhadap anak – anak melalui perkahwinan. Ini akan memotivasikan mereka untuk mengambil berat, dan menyayangi anak – anak sebaik mungkin. Semua ini sangat penting dalam membendung masalah sosial yang datang dari akibat hancurnya sebuah institusi kekeluargaan.

To be continued…

0 comments: